Ayam Kari Hijau dan Labu Kuning

Ayam Kari Hijau dan Labu Kuning

Kari Hijau Thai mendapat namanya dari warna karitersebut yang datang dari bahan utamanya, cili hijau.

RESEPI THAI GREEN CURRY CHICKEN / AYAM MASAK HIJAU THAI YANG SUPER SEDAP!!!! Tambah labu kuning, ubi kentang atau ubi keledek boleh juga digunakan dalam masakan ini.

Share:

BAHAN:

  • 400 g peha ayam (dibersihkan dan ditoskan)
  • 400 ml Kara coconut cream
  • ½ biji labu kuning (dibuang kulit dan dipotong kiub sederhana besar)
  • 3 sudu besar campuran kari hijau
  • 1 sudu besar sos ikan atau petis
  • 1-2 sudu kecil gula perang
  • 2 tangkai daun ketumbar
  • 1 helai daun kunyit
  • Air secukupnya
  • Garam

HIASAN:

  • Hirisan cili hijau dan merah

REMPAK KARI HIJAU:

  • 1 batang serai
  • 3 biji cili hijau
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sm. halia
  • ½ sudu kecil serbuk jintan putih
  • 2 tangkai daun ketumbar
  • ½ sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar serbuk belacan
  • 2 sudu besar jus limau
  • 1-2 sudu kecil gula Melaka
  • 100 ml Kara coconut cream

CARA MEMBUAT :

  1. Rempah kari hijau: kisar semua bahan hingga halus dan dinginkan.
  2. Panaskan minyak dan tumis rempah kari hijau. Masukkan sos ikan, gula, daun kunyit, daun ketumbar dan biar wangi.
  3. Tambah air dan masukkan ayam dan labu. Biar hingga ayam dan labu lembut dan tuang Kara coconut cream dan biar didih sepenuhnya.
  4. Biar suam. Hias sebelum dihidang bersama nasi kegemaran atau roti.

TIP MASAKAN: selain labu kuning, ubi kentang atau ubi keledek bolih juga digunakan.