Sup Jagung Daun Ketumbar

Sup Jagung Daun Ketumbar

Nak jimat masa..... Resipi sedap yang ringkas dan mudah.

Pilih jagung manis untuk rasa sup yang sedap & manis. Sangat disukai oleh kanak-kanak and seisi keluarga. 

 

Share:

BAHAN:

  • 400 ml Kara coconut cream
  • 200 g jagung manis didalam tin
  • 1 biji jagung (dipotong kepingan sederhana besar)
  • 2 tangkai daun ketumbar (dicincang kasar)
  • 1 biji bawang besar dikisar halus
  • 2 ulasa bawang
  • 1 sm halia
  • 1 biji cili merah (dihiris nipis)
  • 1 sudu kecil jus limau
  • 1 sudu kecil serbuk belacan jika suka
  • Sedikit minyak jagung untuk memasak
  • Air atau stok ayam
  • Garam dan serbuk lada hitam

 

CARA MEMBUAT :

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, cili merah dan biar wangi.
  2. Masukkan Kara coconut cream, sedikit air atau stok ayam. Kacau biar didih.
  3. Masukkan jagung, jus limau, serbuk belacan, garam dan serbuk lada hitam.
  4. Apabila jagung telah lembut, masukkan daun ketumbar dan alihkan dari api.
  5. Hidang panas dengan nasi atau dimakan sebagai pembuka selera.

TIP MASAKAN: tambah ‘green peas’ dan lobak merah untuk rasa lebih enak.