kara
Beli Sekarang
Kembali ke Laman Pemenang Kembali ke Laman Pemenang

Pudding Roti Coklat Strawberri KARA Kasih Ibu

MASA MEMASAK:

20 minit

SAIZ HIDANGAN:

15 orang

BAHAN-BAHAN:

  • 4 keping roti putih
  • 2 biji telur
  • ½ cawan susu pekat
  • 170ml Krim Kelapa KARA
  • 10g serbuk agar-agar
  • ½ cawan gula
  • 2 sudu besar butter/marjerin, cairkan
  • 3½ cawan air
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu besar pewarna merah
  • 10 biji buah strawberi, potong 4
  • 20 biji buah strawberi, potong 2 bentuk seperti hati, untuk hiasan
  • Daun Oregano dan bunga ungu ulan raja untuk hiasan

CARA MEMASAK
Pudding Roti Coklat Strawberri KARA Kasih Ibu

  • Carik-carikkan roti. Kisar roti bersama ½ cawan air, telur, susu pekat & Krim Kelapa KARA dan ketepikan.
  • Masak butter/marjerin hingga cair. Ketepikan.
  • Masak serbuk agar-agar bersama 3 cawan air dan gula di dalam periuk hingga mendidih.
  • Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk agar-agar. Kacau hingga sebati.
  • Masukkan butter/marjerin yang telah dicairkan tadi. Kacau hingga sebati.
  • Masak dengan api perlahan sehingga agar-agar mendidih. Tutup api.
  • Bahagikan agar-agar kepada dua bahagian. Satu bahagian letak pewarna merah dan buah strawberi dan satu bahagian lagi masukkan serbuk koko.
  • Tuang bahagian coklat ke dalam loyang. Biarkan sejuk & keras sedikit.
  • Tuang bahagian merah dan masukkan buah strawberi ke dalamnya lalu dituang perlahan atas bahagian coklat tadi. (Perlu dibuat dengan cepat kerana puding ini cepat membeku).
  • Sejukkan dalam suhu bilik.
  • Apabila telah sejuk, baru disimpan di dalam peti sejuk. Enak dimakan ketika sejuk.