kara
Beli Sekarang
Kembali ke Laman Pemenang Kembali ke Laman Pemenang

Ketupat Opor Lebaran

MASA MEMASAK:

30 minit

SAIZ HIDANGAN:

5 orang

BAHAN-BAHAN:

  • 10 biji ketupat mini segera yang telah direbus
  • ½ kg ayam
  • 2 helai daun salam
  • 2 helai daun limau purut
  • 1cm lengkuas, diketuk
  • 1cm halia, diketuk
  • 1 batang serai, diketuk
  • 1½ sudu teh garam
  • ¼ sudu teh lada hitam
  • 1 sudu gula
  • 200ml Krim Kelapa KARA
  • 400ml air
  • 2 sudu minyak, untuk menumis
  • Bahan Kisar
  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji buah keras yang telah disangai
  • 1 cm kunyit hidup
  • 1 sudu teh biji ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • Bahan Pelengkap
  • Telur ayam rebus
  • Sambal udang kering/ikan bilis

CARA MEMASAK
Ketupat Opor Lebaran

  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga masak dan harum. Masukkan daun salam, daun limau purut, lengkuas, halia, dan serai. Tumis dan kacau seketika.
  • Masukkan ayam dan kacau sehingga ayam berubah warna.
  • Kemudian masukkan Krim Kelapa KARA dan juga air. Masak dan kacau sehingga mendidih.
  • Sesuaikan rasa dengan menambahkan garam, gula, dan lada hitam. Masak sehingga ayam meresap dengan kuah dan kuah menjadi sedikit pekat.
  • Hidangkan bersama ketupat mini segara dan dilengkapkan dengan telur rebus juga sambal ikan udang kering/ikan bilis.