kara
Beli Sekarang
Kembali ke Laman Pemenang Kembali ke Laman Pemenang

Puding Bandung Laici

MASA MEMASAK:

30 minit

SAIZ HIDANGAN:

5 orang

BAHAN-BAHAN:

  • Lapisan Jernih
  • 300ml air
  • 5g serbuk agar-agar
  • 70g gula pasir
  • ½ tin air laici
  • Lapisan Bandung
  • 650ml air
  • 200ml Krim Kelapa Kara
  • 100ml susu cair
  • ½ sudu teh garam
  • 220g gula pasir
  • 10g serbuk agar agar
  • 2 sudu teh sirap
  • 2 biji telur
  • ½ tin air laici

CARA MEMASAK
Puding Bandung Laici

  • Masukkan kesemua bahan lapisan jernih dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
  • Tutup api dan tuangkan dalam acuan, biarkan sedikit keras.
  • Masukkan kesemua bahan lapisan bandung kecuali susu cair, Krim Kelapa KARA, dan telur ke dalam periuk, masak sehingga mendidih.
  • Kemudian masukkan susu cair, diikuti campuran santan dan telur. Biarkan api sederhana, sesekali kacau dan biarkan sehingga campuran nampak berlumut.
  • Cucuk-cucuk sedikit lapisan agar-agar yang jernih, barulah tuang lapisan bandung di atasnya.
  • Biarkan suam, kemudian masukkan dalam peti sejuk selama 2-3 jam dan bolehlah dimakan.