kara
Beli Sekarang
Kembali ke Laman Pemenang Kembali ke Laman Pemenang

Cendol Mousse Santan

MASA MEMASAK:

30 minit

SAIZ HIDANGAN:

4 orang

BAHAN-BAHAN:

  • Mousse Santan
  • 1 kotak (200ml) Krim Kelapa Kara
  • ½ sudu teh garam
  • 1 - 1½ sudu besar gula
  • 1 keping daun pandan, 4 potongan
  • 1 sudu besar gelatin, rendam dalam 2 sudu air
  • 1 kotak (200ml) whipping cream
  • Sirap Gula Melaka
  • 50g gula melaka
  • ½ cawan air
  • Lain
  • Cendol
  • Kacang merah
  • Krim jagung

CARA MEMASAK
Cendol Mousse Santan

  • Masak Krim Kelapa KARA, daun pandan, garam & gula sehingga mula mendidih. Tutup api, keluarkan daun pandan dan gaul bersama gelatin sehingga sebati. Biar rehat sehingga sejuk (suhu turun kepada suhu bilik).
  • Putar whipping cream sehingga kenyal, kemudian campurkan kedua bahan-bahan dan gaul sehingga sebati. Masukkan adunan ke dalam mangkuk ataupun acuan masing-masing. Biar rehat didalam peti sejuk sehingga sejuk.
  • Masak gula melaka sama air sehingga cair dan pekat.
  • Kemudian, hidangkan mousse santan dengan cendol, kacang merah, krim jagung dan sirap gula melaka.