kara
Beli Sekarang
Kembali ke Laman Pemenang Kembali ke Laman Pemenang

Kuih Cara Berlauk Bercheese

MASA MEMASAK:

1 jam

SAIZ HIDANGAN:

4 orang

BAHAN-BAHAN:

  • Adunan
  • 2 cawan Tepung Gandum
  • 1 biji Telur
  • 1 cawan Krim Kelapa KARA
  • 1 cawan Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • 2 sudu besar Minyak Masak
  • Bahan Utama
  • 200g Isi Ayam
  • 1 biji Bawang Besar, potong dadu
  • 4 ulas Bawang Putih, dicincang
  • 2 sudu besar Rempah Kari
  • 1 Kiub Pati Ayam
  • ½ sudu kecil Garam
  • 1 sudu kecil Gula
  • 2 sudu besar Minyak Masak
  • Sedikit Air
  • Bahan Hiasan
  • Daun Sup
  • Cili Merah
  • Parmesan/Mozarella Cheese

CARA MEMASAK
Kuih Cara Berlauk Bercheese

  • Campur kesemua bahan-bahan adunan hingga sebati, tapis dan masukkan ke dalam jug kecil.
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang hingga layu.
  • Masukkan serbuk kari dan sedikit air.
  • Masukkan Isi ayam.
  • Biarkan ayam masak untuk seketika.
  • Masukkan pati ayam, garam dan juga gula.
  • Biarkan ayam masak sepenuhnya dan kuah menjadi sedikit pekat.
  • Sediakan bekas untuk kuih cara (acuan tart digunakkan)
  • Letakkan sedikit minyak dan tuangkan adunan yang disediakan tadi.
  • Letakkan inti ayam daun sup, dan cili.
  • Letakkan cheese diatasnya.
  • Panaskan oven suhu 180 darjah celsius.
  • Bakar selama 20 minit atau sehingga masak.