kara
Beli Sekarang
Kembali ke Laman Pemenang Kembali ke Laman Pemenang

Bolu Kukus Bunga Matahari

MASA MEMASAK:

1 jam

SAIZ HIDANGAN:

5 orang

BAHAN-BAHAN:

  • A
  • 65ml Krim Kelapa KARA
  • 135ml Air
  • Secubit Garam
  • 1 Helai Daun Pandan
  • B
  • 200g Tepung Gandum
  • ½ Sudu Kecil Baking Powder
  • C
  • 2 Biji Telur
  • ½ Sudu Kecil Ovalatte
  • 180g Gula Kastor
  • Bahan Lain
  • Pewarna makanan kuning
  • 1 Sudu Kecil Serbuk Koko
  • Minyak Masak (sapuan)

CARA MEMASAK
Bolu Kukus Bunga Matahari

  • Panaskan air rebusan hingga didih dengan api sederhana. Sapukan rata minyak masak kedalam acuan kuih. Ketepikan.
  • Satukan semua bahan A dalam periuk, masak dengan api kecil sehingga mendidih. Matikan api, ketepikan, biarkan santan sejuk.
  • Satukan bahan B dalam mangkuk, ayak (tapis) dan ketepikan.
  • Dalam mangkuk lain, satukan bahan C, putar sehingga kembang putih.
  • Masukkan tepung berselang-seli dengan santan tadi. Putar sehingga rata dan sebati. Masukkan adunan ke dalam piping bag.
  • Bahagikan 2 sudu besar adunan dan tambah serbuk koko didalamnya. Kacau rata. Baki adunan tadi diwarnakan dengan pewarna kuning. Masukkan ke dalam piping bag.
  • Paipkan adunan coklat di tengah-tengah acuan, kukus selama 5 minit. Kemudian paipkan adunan kuning, kukus selama 25 minit.
  • Kemudian angkat kek tadi, biarkan sejuk sedikit baru dikeluarkan daripada acuan.
  • Sedia dinikmati.