kara
Beli Sekarang
Kembali ke Laman Pemenang Kembali ke Laman Pemenang

Kek Pandan Gulung KARA

MASA MEMASAK:

40 minit

SAIZ HIDANGAN:

8 orang

BAHAN-BAHAN:

  • 4 helai daun pandan, dipotong kecil
  • 60g tepung kek
  • 65g Krim Kelapa KARA
  • 40g mentega, dicairkan
  • 3 kuning telur
  • 3 biji putih telur
  • ¼ sudu kecil krim tartar
  • Secubit garam
  • Inti Kelapa
  • 40g gula castor
  • ½ biji kelapa parut
  • 100g gula melaka
  • 3 helai daun pandan
  • ½ sudu teh garam

CARA MEMASAK
Kek Pandan Gulung KARA

  • Sediakan Inti. Masukkan semua bahan inti ke dalam kuali dan masak di atas api perlahan sehingga sebati dan kering. Sejukkan.
  • Sediakan kek. Potong daun pandan dan kisar dengan santan. Tapiskan dan sukat 65g daripadanya. Tambah sedikit Krim Kelapa KARA jika tidak mencukupi.
  • Cairkan mentega di atas periuk. Masukkan tepung dan kacau sehingga tepung masak. Sejukkan seketika.
  • Masukkan santan pandan ke dalam periuk dan sebatikan. Kemudian masukkan dan pukul kuning telur ke dalam adunan satu persatu.
  • Putar putih telur sehingga berbuih dan masukkan cream of tartar. Seterusnya, masukkan gula secara perlahan-lahan. Setelah semua gula dimasukkan, pukul dengan kelajuan tinggi sehingga "soft peak" terbentuk (adunan telur putih akan berkilat dan mempunyai cangkuk di hujung apabila diangkat).
  • Masukkan telur putih ke dalam adunan kuning telur secara 3 kali ansuran. Kaup balikkan adunan setiap kali sehingga adunan sebati.
  • Tuangkan ke dalam loyang beralas 9" x 11". Bakar selama 15 minit pada suhu 180 darjah celsius.
  • Keluarkan dari ketuhar. Longgarkan bahagian tepi dengan pisau. Tutup loyang dengan kertas pembakar dan terbalikkan loyang untuk mengeluarkan kek. Semasa kek masih suam, gulungkan kek dan ketepikan sehingga sejuk.
  • Selepas sejuk, buka gulungan, sapukan inti kelapa dan gulung perlahan-lahan. Gunakan "clingwrap" untuk membungkus kek. Simpan di peti sejuk sehingga sedia untuk dihidang.