Kuih Lompang Permata Biru

Kuih Lompang Permata Biru

Marilah bersama-sama cuba buat Kuih Lompang Permata Biru menggunakan Santan Kara kami yang berkrim. Wow, sedapnya!

Share:

Masa penyediaan: 10 minit

Masa memasak: 20 minit

Tahap kesukaran: Sederhana

Hidangan : 6-8

Bahan-bahan:

150 g                    Tepung beras

25 g                      Tepung ubi

300 ml                  Air

½ sudu teh           Air kapur makan

120 g                   Gula kastor

40 kuntum            Bunga telang kering

200 ml                  Krim Kelapa Kara

Untuk isi:

½ sudu teh          Tepung beras

½ sudu teh          Turmeric powder

1 biji                     Kuning telur

1 sudu besar       Krim Kelapa Kara

¼ sudu teh          Garam

Untuk hiasan:

Parutan kelapa bahagian putih sahaja

Bunga telang

Cara penyediaan:

  1. Rendamkan bunga telang di dalam air panas.  Biar sejuk dan tapis.
  2. Masukan bahan-bahan 1-5, air bunga telang dan Krim Kelapa Kara ke dalam mangkuk besar. Gaul sebati sehingga gula larut. Tapis jika perlu dan tuangkan ke dalam acuan kuih lompang yang telah dilenser minyak.
  3. Kukus selama 10 minit. Kemudian keluarkan. Ceduk sedikit di bahagian tengah kuih.
  4. Gaul sebati semua bahan-bahan untuk isi, kemudian tuangkan ke dalam bahagian tengah yang diceduk tadi. Sambung kukus selama 10 minit.
  5. Keluarkan dari acuan, hias dengan bunga telang dan hidangkan bersama parutan kelapa.