Kuih Bangkit Keju

Kuih Bangkit Keju

Marilah bersama-sama cuba buat Kuih Bangkit Keju menggunakan Santan Kara kami yang berkrim. Wow, sedapnya!

Share:

Masa penyediaan: 15 minit

Masa memasak: 2 jam 40 minit

Tahap kesukaran: Sederhana

Hidangan : 50-60 keping

Bahan-bahan:

300 g                    Tepung ubi kayu

300 g                    Tepung ubi kentang

5 helai                   Daun pandan

3 biji                      Kuning telur, dipukul

250 g                    Gula ising

140 ml                  Krim Kelapa Kara

75 g                      Parutan keju parmesan

Cara penyediaan:

  1. Letakkan tepung ubi kayu, tepung ubi kentang dan daun pandan di atas dulang. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150˚C selama 2 jam. Ayakkan campuran tepung setelah sejuk dan ketepikan.
  2. Di dalam mangkuk, pukul kuning telur bersama gula ising sehingga pucat dengan pemukul kek. Campurkan Krim Kelapa Kara ke dalam.
  3. Masukkan campuran tepung dan kacau sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga lembut dan tidak melekat jari. Masukkan separuh parutan keju parmesan dan uli sehingga sebati.
  4. Ratakan doh dan terap dengan acuan bentuk bunga. Sapukan kuning telur di tengah-tengah  dan taburkan parutan keju ke atas.
  5. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada 120˚C selama 35-40 minit.
  6. Simpan kuih bangkit di dalam bekas kedap udara setelah sejuk.